
Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap…
The skinny
The skinny isn't ready yet — notes appear once the transcript is processed.